Sunday
2024-05-19
7:00 PM
Main
Blog
Welcome To PETALINGJAYA Welcome Guest | RSS Registration
Login
Site menu

Main » 2009 » March » 14 » Hunny Madu cipta lagu sendiri
Hunny Madu cipta lagu sendiri
4:59 AM
HUNNY Madu! Satu nama yang yang tidak asing lagi di dalam dunia pengacaraan. Cukup sinonim dengan stesen radio Fly FM dan program Quickie! di 8TV, ia membuktikan populariti yang diraih oleh gadis muda ini bukan kecil. Tapi siapa tahu, penyampai radio ini mempunyai bakat terpendam sebagai komposer dan penulis lirik. Malah Hunny juga memiliki suara yang baik untuk bergelar seorang penyanyi. Sebelum ini, sebilangan besar daripada kita barangkali hanya mengenali Hunny sebagai pengacara. Tetapi, di kalangan orang-orang yang rapat dengan Hunny, pastinya mereka mengetahui akan bakat dan minat Hunny nan satu ini. Jika ditelusuri perjalanan karier Madu, ia bermula bidang nyanyian iaitu penyertaan kumpulan hip hop Admonition yang dianggotainya dalam program pencarian bakat Blast Off musim pertama sekitar tahun 2003. Meskipun hampir enam tahun tidak bergiat secara serius dalam bidang seni, ia tidak sedikit pun mengikis minatnya terhadap bidang tersebut. Justeru, bagi tahun 2009 Hunny mengambil inisiatif menerbitkan album sulungnya, Hunny Madu-Bila Dunia sebagai menzahirkan cita-citanya. Album mini berkenaan memuatkan dua buah lagu berbahasa Inggeris dan dua lagi lagu berbahasa Melayu ciptaan Hunny sepenuhnya. “Perancangan untuk menghasilkan album penuh bermula pada tahun lepas. Setelah menimbangkan beberapa perkara, kemungkinan besar album penuh saya akan menemui peminat muzik tanah air pada Ogos atau September tahun ini. “Terdapat 15 buah lagu yang telah dikenal pasti akan dimuatkan untuk album yang berkonsepkan hip hop jazz,” ujar Hunny. Dalam keriangan bercerita mengenai ‘kelahirannya’ sebagai penyanyi pula selepas menyertai gelanggang TV, Hunny menafikan, dia ‘rakus’ mengejar peluang. “Minat utama saya adalah bidang nyanyian. Saya yakin saya mampu melakukannya. Lagi pun tak salah rasanya jika kita mencuba selagi kita mempunyai bakat dan kemampuan. “Ini bukan bermakna saya syok sendiri dalam menghasilkan album. Kehadiran saya sebagai penyanyi serta aktif di radio dan TV turut mendapat sokongan daripada pelbagai pihak,” jelasnya lagi. Bagi Hunny, kelahiran album mini ini merupakan pengenalan Hunny kepada peminat-peminat muzik agar dapat menarik perhatian mereka sebelum album penuh dihasilkan. Menurut Hunny juga, album mini ini tidak dijual di kedai, sebaliknya, album yang dicetak sebanyak 1,000 unit itu hanya boleh didapati secara eksklusif ketika dia menjayakan sesi jelajah bermula 27 Februari lalu sehingga 1 Mei depan. Menjelas lanjut idea penghasilan lagu, Hunny berkata, pengalaman hidupnya merupakan inspirasi buat dia menghasilkan lagu. “Saya berharap agar kehadiran saya dalam dunia seni suara ini dapat diterima oleh ramai pihak. Mudah-mudahan bakat dan muzik yang saya ketengahkan ini dapat diterima orang ramai,” kata Hunny meluah rasa.
Views: 917 | Added by: admin | Rating: 0.0/0 |
Total comments: 0
Name *:
Email *:
Code *:
Login form

Calendar
«  March 2009  »
SuMoTuWeThFrSa
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031

Search

Site friends

Statistics

Total online: 1
Guests: 1
Users: 0


Copyright MyCorp © 2024