Tuesday
2024-05-07
11:15 PM
Main
Site Info
Welcome To PETALINGJAYA Welcome Guest | RSS Registration
Login
Site menu

MBPJ -=( Majlis Bandaraya Petaling Jaya )=-

Pada awal tahun 50an, Kuala Lumpur telah mengalami kesesakan akibat pertambahan penduduk yang terlalu pesat dan banyak setinggan wujud di kawasan pinggir Kuala Lumpur. Bagi mengatasi masalah ini, Kerajaan Negeri Selangor telah mengenalpasti tanah kebun getah seluas 1,200 ekar di Jalan Klang Lama bagi mewujudkan sebuah petempatan baru atau kawasan petempatan bagi mengatasi kesesakan serta mengatasi masalah setinggan yang wujud. Penempatan yang terletak di Daerah Petaling ini telah dinamakan sebagai Petaling Jaya bagi menggambarkan harapan perancangan semoga penempatan ini menjadi sebuah pekan yang berjaya.

Pada awal penubuhannya Petaling Jaya memberi keutamaan kepada kerja-kerja pembangunan. Pihak berkuasa telah berusaha menggalakkan pembukaan kawasan-kawasan perindustrian dan kemudahan-kemudahan awam. Pembangunan Petaling Jaya bermula di pekan “Old Town” dengan pembinaan deretan rumah-rumah kedai, balairaya, panggung wayang, stesen bas dan lain-lain. Jalan 1 (satu) yang sekarang dipanggil Jalan Templer merupakan jalanraya pertama yang dibina di Petaling Jaya.

Sehingga akhir tahun 1954, Petaling Jaya diurustadbir oleh Pegawai Daerah Kuala Lumpur dan Lembaga Bandaran Petaling Jaya. Kuasa pentadbiran bandar Petaling Jaya kemudiannya diserahkan kepada sebuah Badan Berkanun iaitu Petaling Jaya Authority. 1hb Januari 1964, merupakan satu detik bersejarah bagi Petaling Jaya kerana melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor G.N Bil 2/1964 sebuah Lembaga Bandaran yang mempunyai ‘Autonomi Kewangan’ telah ditubuhkan untuk mentadbir bandar Petaling Jaya.

Ianya telah menjadi perangsang kepada Lembaga untuk merancang dan membangunkan Petaling Jaya selaras dengan dasar liberal Kerajaan terhadap pembangunan. Dalam tempoh 2 dekad Petaling Jaya telah menjadi sebuah bandar satelit yang paling kaya dan terbesar di negeri ini. Sebagai sebuah bandar yang pertama dirancang dalam Malaysia ini, Petaling Jaya telahpun mencapai kejayaan yang cemerlang, sesuai dengan nama ‘JAYA’ dan sentiasa sibuk dengan aktiviti-aktiviti serta megah dengan kejayaannya. Petaling Jaya telah menjadi sebuah kawasan perindustrian yang terkemuka di dalam negara dan membangun dengan caranya yang tersendiri.

Pada 1 Januari 1977, Lembaga Bandaran Petaling Jaya telah dinaikkan tarafnya kepada Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) berikutan penggubalan Akta Kerajaan Tempatan 1976 oleh kerajaan. Kawasan SS (seksyen bernombor di daerah Sg Way / Subang) bersama-sama dengan kawasan baru seperti Subang Jaya, Seksyen 52 (Newtown) telah disatukan untuk membentuk satu perbandaran tunggal di bawah MPPJ.

Daripada sebuah bandar yang dirancang sebagai Bandar Kecil bagi menampung kesesakan di Kuala Lumpur, Petaling Jaya telah menjadi satu Bandar yang Maju. Di dalam mengejar arus pemodenan dan pembangunan pada masa itu, penduduk telah mengambil bahagian dalam perdagangan dan perusahaan bagi meningkatkan taraf hidup mereka.

[img]http://www.mbpj.gov.my/image/image_gallery?uuid=f20e077f-3a12-4d05-a344-d8e56ea8f809&groupId=10124&t=1228209328135[/img]

Tempat –Tempat Menarik

(Berdekatan dengan Stesen LRT : Taman Jaya) merupakan yang terbesar di Petaling Jaya, terdapat 7 tasik ,salah satu tempat popular dalam trek joging sekeliling tasik, Pusat membeli -belah Kelana Jaya berhampiran dan terdapat pusat renang olimpik, tennis dan gelanggang badminton. Stadium moden MBPJ juga merupakan salah satu tempat yang digunakan semasa KL Sukan Komenwel 1998.

Taman Jaya

Merupakan tempat aktiviti luar seperti tempat untuk jogging dan berbasikal dalamTaman Jaya bersama pokok dan tasik. Di sana terdapat laluan jalan kaki berdekatan dengan Stesen LRT berhampiran Amcorp Mall dan Padang Dataran Petaling Jaya.

Login form

News calendar
«  May 2024  »
SuMoTuWeThFrSa
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031

Search

Site friends

Statistics

Total online: 1
Guests: 1
Users: 0


Copyright MyCorp © 2024