Sunday
2024-05-19
5:11 PM
Main
Blog
Welcome To PETALINGJAYA Welcome Guest | RSS Registration
Login
Site menu

Main » 2009 » March » 20 » Upin Ipin Kaut 2 juta ??
Upin Ipin Kaut 2 juta ??
7:34 AM
Terhibur sungguh PJcrewz menonton filem animasi buatan kita, Geng: Pengembaraan Bermula lakonan 2 watak comel Upin & Ipin. Bukan PJcrewz nak propa macam Miss Propa tu, tetapi Murai Batu berani jamin, filem ini sungguh lucu dan menghiburkan untuk semua lapisan usia dan kaum. Ia very Malaysian pada pandangan Murai Batu. Terbukti, tanpa menggunakan suara pelakon top di Malaysia macam animasi Putih dan Silat Legenda pun animasi Geng ini tetap menggegarkan panggung. Ini bermakna kalau skripnya bagus dan dialognya pun lucu, orang akan terhibur kerana watak-watak kartun itu telah disuntik 'jiwa' macam lakonan manusia. Sungguh membanggakan kerana selepas 5 hari tayangan, filem ini dah kaut RM2 juta! Jadi tidak mustahillah kalau semua peminat filem memberikan sokongan filem ini boleh mencecah sasaran tinggi yang diharapkan iaitu, RM10 juta. Harap-haraplah kan. Bagi PJcrewz, filem ini seronok ditonton sebab animasinya cantik dan mengagumkan. Walaupun ia tidaklah sehebat produski Hollywood iaitu Pixar Studio atau Dreamworks, namun dengan bajet RM5 juta itu, filem ini sudah nampak berkualiti dari segi visual dan kesan bunyinya. Malah PJcrewz pernah tengok ada filem animasi Barat dan Asia yang membosankan. Jadi Murai Batu sarankan, filem kartun Geng ini sebenarnya boleh juga dialihbahasakan ke Bahasa Thai, Indonesia, Tagalog mahupun Tamil sebab kita berkongsi beberapa budaya yang sama. Yang geramnya, ada seorang kawan PJcrewz bersikap sinikal untuk menonton filem ini apabila diajak ke panggung hujung minggu lalu. Liat sungguh dia nak beratur membeli tiket tapi apabila sampai saja di kaunter, dia terkejut kerana semua show hampir sold out pada hari itu. Mujurlah sempat juga dapat saki baki tempat duduk. Kemudian apabila tayangan berlangsung, kawan PJcrewz itulah yang paling kuat gelak sampai tepuk tangan! Haa, siapa nak jawab? Keluar saja panggung, dia terus mengucapkan terima kasih kepada PJcrewz kerana berjaya menyakinkan dia untuk menonton filem itu. Hmm...
Views: 880 | Added by: helang | Rating: 0.0/0 |
Total comments: 0
Name *:
Email *:
Code *:
Login form

Calendar
«  March 2009  »
SuMoTuWeThFrSa
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031

Search

Site friends

Statistics

Total online: 1
Guests: 1
Users: 0


Copyright MyCorp © 2024