Wednesday
2024-05-08
1:07 AM
Main Welcome To PETALINGJAYA Welcome Guest | RSS Registration
Login
Site menu

Main » 2009 » March » 8 » Utusan 09/03/2009
Utusan 09/03/2009
7:01 PM

Selesaikan segera isu PPSMI

PETALING JAYA 7 Mac - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diselesaikan segera bagi mengelakkan tercetusnya isu lebih besar pada masa depan.

Perdana Menteri berkata, ini kerana terdapat desakan kuat terutama daripada orang Melayu mengenai isu tersebut dan satu keputusan segera mengenainya perlu dilakukan.

"Saya mahu isu ini diselesaikan segera dan jika dilengah-lengahkan, pelbagai tekanan dan tindakan akan dilakukan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyebabkan ia jadi lebih besar," tegasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan buku Dragon Fire Hammer , tulisan Adam Umemoto yang berusia 14 tahun di sini hari ini.

Perdana Menteri diminta mengulas kontroversi PPSMI yang semakin memuncak apabila 5,000 orang berhimpun dan berarak membantah pelaksanaannya dari Masjid Negara ke Istana Negara, petang ini bagi menyerah memorandum kepada pihak istana.

Perarakan yang tidak mendapat permit dan kebenaran itu bertukar menjadi kecoh apabila arahan polis supaya mereka bersurai tidak diendahkan ada segelintir peserta yang bertindak diluar batasan termasuk melakukan provokasi terhadap anggota pasukan keselamatan.

Sehubungan itu Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa menggunakan meriam air untuk menyuraikan mereka.

Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan teruk di sepanjang Jalan Mahameru kerana laluan terpaksa ditutup dari kedua-dua arah.

Dalam hubungan ini Abdullah berkata, Kementerian Pelajaran telah mengadakan beberapa perjumpaan dengan NGO terbabit bagi membincangkan perkara itu.

Namun kata beliau, kementerian tersebut masih belum bersedia untuk mengumumkan bentuk keputusan yang telah diambil.

Katanya, kementerian berkenaan boleh menjadikan keputusan peperiksaan lalu untuk dijadikan asas bagi menentukan pelaksanaan PPSMI itu.

"Dengan cara itu saya berharap ia akan menjadi satu keputusan yang adil kepada semua kaum dan bagi mengukuhkan kepentingan pendidikan masa depan,'' katanya.

Views: 2860 | Added by: admin | Rating: 0.0/0 |
Total comments: 2
2 admin  
0
tu arr kesian bebudak luar bandar...dah la BM pun susah nak pass ni tukar gi BI ...cth mcm aku dulu buta BI...alhamdulillah now dah tak buta BI ..

1 fara^^  
0
isu ni patut diorg jdkan pelajar luar bandar sbg kayu ukur..kat skolah d mn bdk2 nak catch up subjek english pun payah, nikan plak nak bljr sains n mate dlm bi..mungkin org boleh kata, kita akn ketinggalan kalau x terapkan bahasa inggeris tu tp cuba lah selami dulu kehidupan pelajar lua bandar..even ayat english yg serba ringkas pun diorg bertatih nak faham..

Name *:
Email *:
Code *:
Login form

News calendar
«  March 2009  »
SuMoTuWeThFrSa
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031

Search

Site friends

Statistics

Total online: 1
Guests: 1
Users: 0


Copyright MyCorp © 2024